WASHINGTON - Kapal pengangkut pesawat USS George Washington yang berpangkalan di Pasifik mula menuju ke Asia Barat susulan laporan mengenai masalah kesihatan mental dalam kalangan kru dan kekurangan bekalan di atas kapal perang, USS Abraham Lincoln.
Kapal itu yang menyokong operasi perang Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran sudah beroperasi lebih 260 hari tanpa henti.
Beberapa anggota Kongres daripada Parti Demokratik mendesak Pentagon bertanggungjawab berhubung keadaan di atas kapal berkenaan.
Bagaimanapun, Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth mendakwa laporan tersebut sebagai 'tidak tepat'.
Menurut kenyataan Tentera Laut, USS George Washington meninggalkan pelabuhan di Da Nang, Vietnam pada minggu lalu.
Ia bersama sebuah kapal penjelajah dan kapal pemusnah dikesan melalui Selat Singapura.
Dalam perkembangan berkaitan, Pentagon mengumumkan sekatan maritim ke atas pelabuhan Iran kekal diteruskan tanpa had, di tengah-tengah situasi yang tidak menentu di rantau tersebut. - Agensi