Sajad didenda RM3,000, jual perhiasan ayat al-Quran ada kesilapan di Nilai 3

Iklan
Kompleks Mahkamah Seremban. Gambar hiasan

SEREMBAN - Seorang lelaki didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menjual bingkai perhiasan tulisan ayat al-Quran yang tidak mengikut kaedah betul, dua tahun lalu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman berkenaaan terhadap Sajad Rahmat, 63, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara tambahan empat bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dalam kawalannya bagi maksud perjualan sebanyak 17 bingkai ayat al-Quran yang tidak mengikut kaedah penulisan yang ditentukan pihak lembaga dengan ayat al-Quran yang terkandung di dalam bahan al-Quran.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 11 pagi di sebuah premis beralamat di Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada 27 Mac 2024.

Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(1) Akta Pencetakan Teks Al- Quran 1986 (pindaan 2023) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 14 (2) akta yang sama.

Iklan

Jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua- duanya.

Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ariff Hussein memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bergantung kepada budi bicara.

Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ardelliza Izmaryanti Shafie memaklumkantertuduh seorang peniaga dengan pendapatan tidak menentu dan perlu menanggung isteri serta tiga anak.

Katanya, tertuduh memohon hukuman denda yang minimum dan ini merupakan kesalahan pertama dilakukannya.