ISTANBUL - Parlimen Sweden pada Khamis meluluskan penurunan had umur minimum tanggungjawab jenayah kepada 14 tahun, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar awam SVT.
Langkah itu membolehkan kanak-kanak berusia 14 tahun dijatuhi hukuman penjara bagi kesalahan yang sangat serius termasuk pembunuhan, rogol teruk dan kesalahan berat berkaitan senjata.
Iklan
Iklan
Cadangan itu diluluskan dengan 281 undi menyokong berbanding 66 menolak, manakala dua ahli Parlimen tidak hadir.
Kerajaan dan parti berhaluan kanan Sweden Democrats sebelum ini berusaha menurunkan umur berkenaan kepada 13 tahun, namun menarik balik cadangan itu selepas mendapati ia tidak mendapat sokongan mencukupi di Parlimen.
Pemimpin Sweden Democrats Jimmie Akesson menyambut baik keputusan itu dan menyifatkannya sebagai"satu langkah ke arah yang betul." - Bernama