DAP mungkin tidak jadi lebih kuat jika keluar Kabinet, hilang peluang beri imbuhan kepada pengundinya - Penganalisis
Iklan
Chin Huat berkata, sememangnya DAP akan hilang peluang untuk menghulurkan bantuan dan imbuhan kepada pengundinya kalau parti itu keluar dari Kabinet. Foto fail/Astro Awani
KUALA LUMPUR - Tanpa kuasa dan suara dalam Kabinet kerajaan Madani DAP tidak akan mampu untuk menyalurkan lebih banyak bantuan dan memenuhi permintaan para penyokongnya menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Penganalisis politik Profesor Dr Wong Chin Huat berkata, sememangnya DAP akan hilang peluang untuk menghulurkan bantuan dan imbuhan kepada pengundinya kalau parti itu keluar dari Kabinet.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun katanya, dalam kalangan penyokong tegar DAP, mereka lebih pantang parti hilang prinsip dan pendirian daripada hilang kuasa dan imbuhan.
Jelasnya, jika dalam situasi itu, DAP mungkin menjadi lebih kuat.
Iklan
Ujarnya, jika mengambil kira pengundi atas pagar yang mungkin lebih cenderung melihat tindakan itu secara negatif, kesan bersih (net effect) menjadi kecil sekali pun masih positif sedikit.
"DAP akan disalahkan dan secara bersihnya (in net term) kehilangan lebih undi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Menurut Chin Huat, jika DAP keluar dari Kabinet dan duduk di barisan belakang (backbench) kerajaan sahaja, ia akan dilihat dalam kalangan penyokong tegarnya sebagai berprinsip dan tidak akan berkompromi kerana kuasa dan imbuhan sebagai menteri.
Akan tetapi, katanya, ia akan dilihat oleh sebahagian pengundi lain yang mungkin melihat DAP sebagai kurang sikap setiakawan kerana menjarakkan diri daripada Pakatan Harapan (PH) apabila jenama itu menjadi kurang popular.
"Apabila kedua-dua ini dijumlahkan, secara bersihnya (in net term) DAP mungkin mendapat lebih sedikit undi. Akan tetapi, jika UMNO turut keluar kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membubarkan Parlimen, maka undi yang DAP hilang mungkin melebihi undi yang ia dapat, kerana ramai akan salahkan DAP atas kejatuhan Kerajaan Madani.
"(Jadi saya menjangkakan DAP) tidak akan keluar Kerajaan Madani, tetapi kejutan boleh berlaku kerana undi perwakilan 4,000 ketika Persidangan Kebangsaan DAP adalah rahsia," katanya. - Awani
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.