Padah hubungan sulit dengan suami orang, tubuh wanita dilumur sambal

Iklan
Video tular itu turut menunjukkan beberapa individu cuba menanggalkan pakaian wanita berkenaan untuk melumur bahan seperti sambal pada beberapa bahagian tubuhnya. Foto Agensi

SAMPANG - Sebuah video memaparkan seorang wanita menjadi sasaran 'amukan' sekumpulan wanita kerana didakwa terlibat dalam hubungan sulit dengan suami orang tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, 'serbuan mengejut' itu dipercayai berlaku di Kecamatan Ketapang, Kabupaten Sampang, Madura di Jawa Timur, Indonesia.

Iklan
Iklan

Berdasarkan naratif yang disebarkan warganet, orang ketiga itu diserbu ahli keluarga termasuk isteri kepada kekasih gelapnya.

Klip itu turut menunjukkan beberapa individu cuba menanggalkan pakaian wanita berkenaan untuk melumur bahan seperti sambal pada beberapa bahagian tubuhnya.

Iklan

Sementara itu, lelaki yang didakwa berlaku curang turut kelihatan berada di lokasi kejadian. Dia kemudiannya terlibat pergaduhan mulut dengan seorang wanita dipercayai isterinya.

Ketua Seksi Perhubungan Awam Polres Sampang, AKP Eko Puji Waluyo mengesahkan video berkenaan sedang tersebar dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Iklan

Menurutnya, pihak berkuasa belum menerima sebarang laporan rasmi dan motif sebenar kejadian masih belum dapat dipastikan. - Agensi