'Jangan salah rakyat tak pilih kita, jangan hina orang Melayu bimbang kedudukan mereka' - Kamil Munim
Iklan
Muhammad Kamil
AYER KEROH - “Jangan salahkan rakyat kerana tidak memilih kita, jangan menghina orang Melayu bimbang mengenai kedudukan mereka," kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.
Tambahnya, kekalahan dalam pilihan raya perlu diterima dengan hati terbuka dan fikiran yang jernih, bukannya menyalahkan rakyat atas pilihan yang dibuat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, dalam demokrasi, rakyat berhak memilih berdasarkan pengalaman, pertimbangan, kebimbangan dan harapan mereka sendiri.
“Tugas kita bukan mempertikaikan kebijaksanaan mereka, tetapi memahami sebab di sebalik pilihan tersebut dan mencari jalan untuk meraih kembali kepercayaan mereka.
Iklan
“Jangan kita menghina orang Melayu yang bimbang tentang kedudukan mereka. Jangan kita memperlekehkan orang Islam yang mahu melihat agama mereka dihormati.
“Jangan kita menganggap setiap keresahan tentang bangsa dan agama sebagai tanda kemunduran pemikiran. Keresahan itu wujud dan politik yang matang perlu mendengarnya,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Muhammad Kamil berkata, politik prestasi sahaja belum tentu mencukupi untuk mengatasi politik identiti dan politik ketakutan.
Ujarnya, sebahagian pihak berjaya membina naratif bahawa Melayu dan Islam sedang terancam serta kuasa Melayu semakin hilang sehingga menyentuh emosi dan kebimbangan rakyat.
“Kita perlu memahami perkara ini sebelum kita mampu mengatasinya.
“Jika kita meninggalkan ruang itu kosong, akan ada pihak yang mengisinya dengan ketakutan. Jika kita tidak memberikan keyakinan, akan ada pihak yang menjual kebimbangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, AMK perlu menawarkan politik keyakinan dengan meyakinkan rakyat bahawa hak Melayu dan Bumiputera boleh dipertahankan tanpa menutup peluang kepada kaum lain.
“Kita tidak akan melawan politik ketakutan dengan ketakutan. Kita akan melawannya dengan keyakinan.
“Keyakinan itu harus dibina dengan ilmu, prestasi, keadilan dan sebuah politik yang mempunyai nilai,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan hubungan beliau dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini berada pada fasa retak menanti belah, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Dakwaan itu timbul selepas kedua-dua gabungan berkenaan memilih untuk tidak menjalin kerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung pada Julai lalu dan PRN Negeri Sembilan pada Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792114/berita/politik/ada-gaduh-ke---anwar-tepis-dakwaan-hubungan-dengan-ahmad-zahid-retak#google_vignette
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.