KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 4 petang ini, menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS).
Di Sarawak, tujuh kawasan merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Serian dengan bacaan IPU 178, Samarahan (177), Kuching (174), Sri Aman (162), Sarikei (157), Mukah (152) dan Sibu (151).
Sementara itu, sebanyak 56 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatatkan tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama