Suami 'angkut' mentua cekup isteri berkhalwat dengan lelaki warga asing

Iklan
Seorang wanita memberi alasan bekerja lebih masa (OT) kepada suaminya sebelum dicekup berkhalwat bersama rakan sekerja warga asing di sebuah rumah di sini pada Khamis.

KULIM - Seorang wanita memberi alasan bekerja lebih masa (OT) kepada suaminya sebelum dicekup berkhalwat bersama rakan sekerja warga asing di sebuah rumah di sini pada Khamis.

Wanita berusia 27 tahun itu yang mempunyai dua anak berusia enam dan lapan tahun dikatakan bekerja di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech Park, manakala pasangannya, lelaki warga China berusia 39 tahun serta berstatus bujang.

Iklan
Iklan

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim (PADK), Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, pasangan berkenaan dicekup pegawai masjid dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah dua tingkat di kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 12.40 tengah malam.

Ketika disoal siasat, wanita terbabit memberi alasan datang ke rumah sewa pasangannya untuk membantu urusan kerja dalam komputer lelaki berkenaan.

Iklan

"Isteri pula sering memberi alasan kena buat OT. Semasa tangkapan, suami wanita itu ada sekali membawa ibu bapa mentua," katanya.

Menurutnya, ketika disoal siasat, wanita terbabit memberi alasan datang ke rumah sewa pasangannya untuk membantu urusan kerja dalam komputer lelaki berkenaan.

Iklan

Difahamkan, pasangan itu hanya berkomunikasi menggunakan aplikasi alih bahasa melalui telefon pintar kerana lelaki warga China terbabit tidak mahir berbahasa Inggeris.

Difahamkan, pasangan itu hanya berkomunikasi menggunakan aplikasi alih bahasa melalui telefon pintar kerana lelaki warga China terbabit tidak mahir berbahasa Inggeris.

Kes disiasat mengikut Seksyen 25(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.