21 September keputusan permohonan Anwar dalam kes Yusoff Rawther

Iklan
Dalam permohonan tersebut, Anwar memohon beberapa isu yang didakwa berkaitan pergerakan dan kehadiran Muhammed Yusoff di kediaman peribadinya pada 2 Oktober 2018, ditentukan terlebih dahulu.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu menetapkan 21 September depan untuk keputusan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beberapa isu awal didengar sebelum perbicaraan saman dakwaan serangan seksual Muhammed Yusoff Rawther bermula.

Kes saman berkenaan berhubung insiden yang berlaku sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.

Iklan
Iklan

Hakim, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, semasa prosiding dijalankan secara dalam kamar.

Dalam prosiding berkenaan, Ahli Parlimen Tambun itu selaku pemohon diwakili peguam, Christopher Leong sementara Muhammed Yusof sebagai responden diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Iklan

Dalam permohonan tersebut, Anwar memohon beberapa isu yang didakwa berkaitan pergerakan dan kehadiran Muhammed Yusoff di kediaman peribadinya pada 2 Oktober 2018, ditentukan terlebih dahulu.

Menurutnya, penentuan isu berkenaan berpotensi menyelesaikan keseluruhan tuntutan saman berkenaan tanpa perbicaraan penuh.

Iklan

Pada 14 Julai 2021, Muhammed Yusoff memfailkan saman terhadap Anwar dengan mendakwa Anwar telah menyerangnya secara seksual.

Dalam pernyataan tuntutan, Muhammed Yusoff mendakwa serangan terhadapnya berlaku di sebuah kediaman di Segambut pada 2 Oktober 2018.

Beliau mendakwa laporan polis dibuat pada 7 Disember 2019 dan kesihatan mentalnya terjejas akibat kritikan daripada penyokong Anwar serta masyarakat.

Susulan itu, plaintif menuntut ganti rugi khas, am, teruk dan teladan serta kos dan relief lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan memfailkan tuntutan balas pada September 2021, menyatakan bahawa tuduhan berkenaan adalah palsu dan tidak berasas.

Menurut Anwar, pada tarikh kejadian yang didakwa, beliau sedang bersama keluarga dan rakan-rakan di kediamannya di Bukit Segambut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas pembantu saman Anwar

Serangan seksual: Mahkamah arah Anwar fail pembelaan

Anwar tukar peguam kes saman seksual Yusoff Rawther

Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan