Polis bantu wanita bersalin di Dataran Todak
Iklan
KOTA KINABALU - Seorang anggota polis wanita menjadi bidan terjun malam tadi apabila membantu seorang wanita melahirkan anak di Dataran Todak di sini.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam selepas Pahmah Nastih, 38, dari Kampung Kasuapan, Pulau Gaya tidak sempat tiba ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas apabila terasa sudah mahu bersalin.