KUALA LUMPUR - Dua wanita termasuk seorang warga Singapura dikenakan waran tangkap selepas gagal dikesan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, kedua-dua individu berkenaan ialah Poh Po Lian, warga Singapura dan Jennifer Kok Sau Keng, warganegara Malaysia.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, Po Lian mempunyai alamat terakhir di B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, manakala Jennifer mempunyai alamat terakhir di B-24-03, Abadi Villa, Jalan 3/109C, Off Jalan Klang Lama, Taman Abadi Indah, Kuala Lumpur.
"Bahagian Siasatan SPRM sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan media bagi mengesan kedua-dua saksi ini pada Oktober 2025 dan Mac 2026.
"Bagaimanapun dua individu itu masih gagal dikesan termasuk di alamat terakhir mereka di 15 White House Park, Singapura," jelas kenyataan itu pada Rabu.
Sehubungan itu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap kedua-dua individu terbabit pada 4 Ogos 2026.
SPRM memohon orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu berkenaan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, PPs Stefan Lue Hsien di talian 017-9028199 atau melalui e-mel stefan@sprm.gov.my.