KUALA LANGAT - Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dibunuh di kebun kelapa sawit di Banting, di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, laporan diterima daripada Cawangan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 5 petang.
Iklan
Iklan
"Mangsa berusia 49 tahun ditemui tidak sedarkan diri di kebun kelapa sawit.
"Susulan itu, seramai lapan individu disyaki terlibat dalam kes telah ditahan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika sabit kesalahan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai makkumat berkaitan kejadian ini diminta tampil ke balai polis berhampiran.
"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 bagi membantu siasatan," ujarnya.