Juruteknik hospital maut kemalangan

Iklan
Seorang juruteknik hospital maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Jalan Timur, pada Isnin.

KAJANG – Seorang juruteknik hospital maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah kereta di Jalan Timur di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu kira-kira jam 6.30 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mangsa, seorang wanita tempatan berusia 35 tahun, sedang dalam perjalanan dari Hospital Kajang menuju ke sebuah sekolah di Sungai Kantan.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa sedang menunggang motosikal di lorong kiri, manakala sebuah kereta dipandu seorang wanita tempatan berusia 45 tahun berada di lorong kanan dalam arah yang sama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Naazron berkata, kemalangan berlaku apabila kereta berkenaan masuk ke simpang sebelah kiri sebelum motosikal yang ditunggang mangsa gagal mengelak lalu melanggar bahagian kiri kenderaan itu.

"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kita sedang mengesan saksi yang berada di lokasi kejadian atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat atau rakaman berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-456 5502," ujarnya.