Salahkah guru naik tangan?

Iklan
Guru tetap perlu membezakan antara mendisiplinkan murid dan melepaskan kemarahan. Gambar hiasan.

GURU hari ini berdepan satu dilema yang semakin rumit, perlu tegas dan mendisiplinkan pelajar tetapi khuatir jika dianggap melampaui batas.

Dalam keadaan murid semakin berani bersuara dan ibu bapa semakin peka terhadap hak anak, guru seolah-olah berjalan di atas garisan yang nipis.

Iklan
Iklan

Terlalu lembut, guru dikatakan gagal mengawal murid, terlalu tegas tindakan pula boleh dipersoalkan, jadi dalam suasana pendidikan seperti ini masihkah guru mempunyai ruang untuk mendisiplinkan?

Masalahnya, jika guru terlalu takut untuk bertindak, kesannya bukan kepada guru sahaja bahkan murid juga terutama pada masa depan mereka.

Iklan

Anak yang membesar tanpa sempadan yang jelas mungkin sukar memahami bahawa kehidupan mempunyai peraturan.

Di sekolah mereka perlu mematuhi disiplin, di tempat kerja kelak mereka perlu menghormati arahan malah dalam masyarakat, mereka perlu memahami hak orang lain.

Iklan

Jika sejak kecil setiap teguran dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima, bagaimana mereka mahu berdepan dunia sebenar?

Dalam budaya dahulu, perkara ini lebih mudah kerana guru diberikan kepercayaan yang tinggi, jika anak melakukan kesalahan ibu bapa dan guru seolah-olah berada dalam satu pasukan.

Hari ini, hubungan itu lebih kompleks kerana ibu bapa mempunyai lebih banyak saluran untuk mempertikaikan sekolah dan anak pula lebih terdedah kepada maklumat mengenai hak mereka.

Perubahan tersebut mempunyai sisi positif kerana ia mengurangkan risiko salah guna kuasa, tetapi pada masa yang sama boleh menjadi masalah jika setiap tindakan guru dianggap mencurigakan.

Namun, jangan pula kita menjadikan nostalgia zaman dahulu sebagai alasan untuk menghalalkan kekerasan.

Dahulu, hukuman fizikal mungkin diterima sebagai kebiasaan tetapi sesuatu yang biasa tidak semestinya betul dalam semua keadaan.

Guru tetap perlu membezakan antara mendisiplinkan murid dan melepaskan kemarahan kerana hukuman yang lahir daripada emosi, penghinaan atau keinginan untuk membalas tidak boleh disamakan dengan tindakan yang benar-benar bertujuan mendidik.

Akhirnya daripada apa yang berlaku hari ini melibatkan guru dan pelajar malah ada yang membawa kes hingga pihak polis seterusnya saman menyaman, persoalannya salahkah guru naik tangan?