Malaysia sambar tiket final Piala Raja Thai

Iklan
Malaysia mara ke final Piala Raja Thai 2026 selepas menundukkan Indonesia 2-0 di Bangkok malam ini. Foto: Persekutuan Sepaktakraw Malaysia - PSM

SKUAD sepak takraw negara mara ke final Piala Raja Thai 2026 selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada separuh akhir acara regu berpasukan lelaki di Fashion Island Mall, Bangkok di sini, malam ini.

Kemenangan itu melengkapkan rentak sempurna Malaysia selepas terlebih dahulu menewaskan Vietnam 2-1, sekali gus mengesahkan pertemuan dengan Indonesia bagi perebutan tiket ke final.

Iklan
Iklan

Berbekalkan momentum berkenaan, skuad negara tampil kemas untuk menamatkan cabaran Indonesia menerusi dua kemenangan berturut-turut, tanpa perlu menurunkan regu ketiga.

Regu pertama yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Kamarul Ezzad Kamarul Imran membuka tirai dengan kemenangan 15-13, 15-9.

Iklan

Regu negara kemudian terus menekan apabila regu kedua yang menampilkan Muhammad Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari menundukkan lawan 15-10, 15-8 untuk mengesahkan kemenangan 2-0.

Kemenangan itu membawa Malaysia ke perlawanan akhir untuk berdepan tuan rumah Thailand, sekali gus membuka peluang skuad negara memburu kejuaraan pada edisi ke-39 kejohanan berprestij berkenaan.

Iklan

Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung jam 2 petang, esok.