Langgar mati penunggang motosikal: Lelaki dipenjara enam tahun, denda RM20,000

Iklan
Tindakan seorang lelaki memandu secara bahaya hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhamad Isa Damiri, 41, minggu lalu membawa kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Tindakan seorang lelaki memandu secara bahaya hingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Muhamad Isa Damiri, 41, minggu lalu membawa kepada hukuman penjara enam tahun dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid selepas tertuduh, T. Yuken, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Iklan
Iklan

Tertuduh juga boleh dipenjara setahun jika gagal membayar denda selain diperintahkan membayar pampasan berjumlah RM4,000 kepada isteri mangsa, Noor Adlin Roslan.

T. Yuken dipenjara enam tahun dan denda RM20,000 selepas mengaku bersalah memandu secara berbahaya hingga sebabkan kematian penunggang motosikal minggu lalu

Iklan

Tertuduh turut dijatuhi hukuman lesen memandu diendorse oleh mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dan lesen percubaan dibatalkan mahkamah jika ada.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu sebagai pemandu kereta didakwa memandu kenderaan itu di atas jalan raya dengan cara yang merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian Muhamad Isa Damiri, 41, di Jalan Leong Bee, Gelang Patah di sini, kira-kira jam 4.20 pagi, 6 Ogos lalu.

Iklan

T. Yuken, 25, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 serta lesen memandu diendorse oleh mahkamah, hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu bagi tempoh sehingga lima tahun dan jika memiliki lesen percubaan, lesen akan dibatalkan oleh mahkamah, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dia yang tidak diwakili peguam memohon maaf dan merayu hukuman ringan kerana kesal dan mengakui kesilapan dilakukannya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memandu Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal Honda C100B yang ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus.

Timbalan Pendakwa Raya Muhaizam Rostam Affendi bagaimanapun memohon mahkamah mengambil kira beberapa faktor pemberatan sebelum menjatuhkan hukuman.

Mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember nanti untuk sebutan semula bagi status pembayaran pampasan dan jika ia gagal dibayar, mahkamah akan menentukan perintah sewajarnya.

Mengikut fakta kes, tertuduh memandu Perodua Myvi masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal Honda C100B yang ditunggang mangsa yang sedang bergerak lurus.

Akibat pelanggaran itu, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengesahkan punca kematian adalah pelbagai kecederaan yang konsisten dengan kemalangan jalan raya.