KOTA BHARU – Penantian seorang ibu selama tujuh tahun demi menuntut keadilan terhadap kematian anaknya yang terjatuh akibat lantai bas yang reput berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini pada 20 April lalu memerintahkan lima pihak termasuk pemandu bas dan guru besar membayar ganti rugi berjumlah RM17,573.
Allahyarham Wan Mohammed Adam Mohd Suria ketika kejadian baru berusia 12 tahun dalam perjalanan bersama 30 murid lain, menaiki kenderaan itu untuk menyertai program pendidikan di Besut, Terengganu.