Polis kesan lelaki dipercayai pukul, ugut pengguna jalan raya

Iklan
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai.

SEREMBAN - Polis sedang mengesan seorang lelaki dipercayai memukul dan mengugut seorang pengguna jalan raya susulan perselisihan faham berkaitan pemanduan di Kilometer 276 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hala Seremban di sini pada Sabtu. 

Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Johari Yahya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan suspek dan mangsa, kedua-duanya lelaki berusia lingkungan 30-an jam 6.40 petang. 

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mempercayai kejadian kira-kira jam 11 pagi itu berpunca daripada perselisihan faham berkaitan pemanduan.

"Suspek dipercayai memukul mangsa sehingga terjatuh dan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan jenayah sebelum dileraikan orang awam,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. 

Iklan

Beliau berkata, polis telah mengenal pasti identiti suspek dan kenderaan terlibat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Johari meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai melalui talian 06-7904222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama 

Iklan

 

 

 

 

 

TAG: lelaki, perselisihan faham, pengguna, jalan raya, Seremban