KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah supaya kementerian dan agensi berkaitan memperketat kawalan serta memperkasa tahap keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah, langkah berkenaan penting bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah serta mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.