Gelaran diraja Pengiran Raabi'atul Adawiyyah ditarik balik berkuat kuasa serta-merta

Iklan
Pengiran Raabi'atul Adawiyyah (kanan) dan Pengiran Muda Abdul Malik

BANDAR SERI BEGAWAN – Gelaran 'Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri' yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi'atul Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, isteri Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, ditarik balik dengan serta-merta.

Laporan RTB News berhubung penarikan gelaran berkenaan.

Iklan
Iklan

Pemangku Grand Chamberlain, Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali memaklumkan perkara itu pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Menerusi laporan RTB News, penarikan balik gelaran berkenaan disebabkan kelakuan-kelakuannya yang tidak melayakkan sebagai pasangan Kerabat Diraja dan mencemarkan nama baik serta tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Iklan

Tambahnya, kelakuan berkenaan turut mencemarkan nama baik dan tidak menghormati Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta Kerabat Diraja.

 

Iklan