PKR belum terima surat peletakan jawatan ahli Parlimen

Iklan
Fuziah. Foto fail Bernama

PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada mana-mana ahli Parlimen parti itu.

Ia sekali gus menepis spekulasi yang bertiup kencang mengenai dakwaan seorang wakil rakyat PKR bakal mengosongkan kedudukan.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh ketika dihubungi Sinar Harian.

"Setakat ini tiada," katanya ringkas pada Jumaat.

Iklan

Spekulasi berhubung perkara itu timbul ketika beberapa Ahli Parlimen PKR yang dilihat tidak lagi sehaluan dengan kepimpinan parti menjadi perhatian susulan perkembangan politik mutakhir.

Tiga Ahli Parlimen PKR sebelum ini secara terbuka mengambil pendirian berbeza daripada kepimpinan parti, termasuk mengkritik beberapa keputusan serta hala tuju kepimpinan, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai kedudukan mereka dalam parti.

Iklan

Malah, kumpulan ahli Parlimen terbabit mendakwa akses pejabat mereka kepada sistem MyKhas bagi mengurus permohonan Projek Mesra Rakyat (PMR) dan peruntukan khas kawasan disekat.

Kerajaan bagaimanapun menjelaskan peruntukan untuk kawasan berkenaan tidak dihentikan, sebaliknya pelaksanaannya diteruskan melalui ICU Jabatan Perdana Menteri dan agensi berkaitan tanpa disalurkan menerusi pejabat ahli Parlimen terbabit.

Dalam pada itu, sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana Ahli Parlimen PKR berhubung peletakan jawatan daripada parti atau kerusi yang disandang.