PN, BN perlu bertolak ansur agih kerusi jika mahu kekalkan 'gelombang biru' - Hamzah

Iklan
Hamzah (tengah) ketika sidang media selepas EGM Wawasan di Petaling Jaya pada Jumaat.

PETALING JAYA - Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia untuk bertolak ansur dalam pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya mahu meneruskan momentum 'gelombang biru'.

Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semangat kompromi penting bagi memastikan kerjasama antara parti dapat dikekalkan demi agenda yang lebih besar.

Iklan
Iklan

"Sekiranya mahu mengekalkan gelombang itu, kita mesti mempunyai semangat bertolak ansur,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Wawasan di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan gabungan itu berhasrat mempertahankan kesemua 21 kerusi yang kini disandangnya di Melaka.

Iklan

Menurutnya, hasrat tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.

Dalam pada itu Hamzah menjelaskan, rundingan pengagihan kerusi perlu dibincangkan dalam kalangan pemimpin parti yang terlibat kerana setiap parti sememangnya mempunyai hasrat untuk bertanding di lebih banyak kerusi.

Iklan

"Insya-ALLAH, apabila menyentuh mengenai kehendak setiap parti, sudah tentu semua orang mahukan lebih banyak kerusi.

"Tetapi apabila kita melihat gambaran yang lebih besar, ia bukan hanya mengenai Melaka. Kita juga perlu mengambil kira keadaan di negeri-negeri lain.

"Ketika itulah kita akan dapat mencapai kompromi yang mampu dikekalkan," ujarnya.

Sementara itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, Wawasan turut berhasrat mempertahankan kerusi yang kini mempunyai wakil dan penyokong parti itu, termasuk di Bemban dan Sungai Udang.

"Sudah tentu kita mahu mengekalkannya, bukan sekadar supaya mereka dapat bertanding, tetapi untuk memastikan mereka memenangi pilihan raya,” katanya.