Lelaki diikat pada tiang elektrik kerana larikan isteri orang

Iklan
Seorang lelaki diikat pada tiang elektrik kerana membawa lari isteri orang. Foto Agensi

JAKARTA - Tular video memaparkan seorang lelaki diikat pada tiang elektrik.

Persoalan di sebalik kejadian itu akhirnya terjawab apabila S alias Z, 46, didakwa melarikan R, 33, yang merupakan isteri orang.

Iklan
Iklan

detikKalimantan memetik kenyataan Ketua Seksi Perhubungan Awam Polresta Samarinda, Ipda Arie Soeharyadi pada Khamis melaporkan insiden itu bermula apabila S berkenalan dengan R melalui seorang rakan wanita berkenaan. Ketika itu, suspek mendakwa menyangka R masih bujang.

"Pada Selasa lalu, S mengajak R keluar dan mereka sempat makan bakso di kawasan Folder Samarinda. Pada sebelah malamnya, mereka keluar semula untuk makan nasi goreng berhampiran jejambat Air Hitam.

Iklan

"Selepas makan, S mengajak R bermalam di sebuah surau di kawasan Suryanata. Suami R kemudian mendapat maklumat mengenai keberadaan isterinya sebelum terus menuju ke lokasi berkenaan," jelas Arie.

Setibanya di situ, suami R terkejut apabila mendapati isterinya bersama S. Berang dengan keadaan itu, lelaki tersebut kemudian memukul dan mengikat S pada tiang elektrik.

Iklan

Arie menegaskan, S bukan menjadi mangsa amukan orang ramai seperti yang dilaporkan sebelum ini.

S kemudiannya dibawa ke Polsek Samarinda Ulu untuk memberi keterangan. Kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu secara baik. - Agensi