Penerbangan mencemaskan, penumpang didakwa cuba buka pintu kecemasan

Iklan
Penumpang bersama kru Batik Air bertindak pantas menahan individu terbabit.

SHAH ALAM - Seorang pengguna Instagram berkongsi detik mencemaskan yang dialaminya apabila seorang penumpang didakwa cuba membuka pintu kecemasan dalam penerbangan Batik Air dari Kuala Lumpur ke Kochi, India pada Rabu.

Menerusi perkongsian ourwanderinglives, kejadian berlaku ketika kebanyakan penumpang sedang tidur dalam penerbangan tengah malam sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi kuat seolah-olah angin menderu masuk ke dalam pesawat.

Iklan
Iklan

"Seorang penumpang yang duduk di barisan berhampiran pintu keluar kecemasan didakwa memecahkan tingkap sebelum cuba mengganggu pintu keluar kecemasan.

"Kami dapat mendengar bunyi angin yang menderu melalui pesawat. Mujurlah, disebabkan reka bentuk pesawat dan tekanan kabin, pintu keluar kecemasan itu kekal tertutup," katanya.

Iklan

Situasi cemas yang dikongsi seorang pengguna media sosial Instagram.

Menurutnya, penumpang lain bersama kru Batik Air bertindak pantas menahan individu terbabit dan berjaya menghalang keadaan daripada menjadi lebih buruk.

Iklan

Katanya, insiden itu merupakan pengalaman yang amat mencemaskan, namun semua penumpang dilaporkan selamat.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada penumpang dan kru yang tampil membantu ketika kejadian berlaku.