Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden PKR

Iklan
Nurul Izzah

SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis memutuskan untuk memberikan cuti sementara kepada Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar, selepas beliau memohon mengundurkan diri daripada jawatan berkenaan.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MPP selepas membincangkan permohonan Nurul Izzah.

Iklan
Iklan

"MPP turut memutuskan supaya Naib Presiden, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden secara sementara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujarnya, MPP juga bersetuju bahawa jawatan Pengarah Pilihanraya PKR digalas sepenuhnya oleh Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari.

Iklan

Menurutnya, berhubung Kongres Nasional 2026, Nurul Izzah akan merasmikan Kongres Wanita dan Angkatan Muda PKR pada 14 Ogos 2026.

"MPP turut meluluskan 3,533 orang anggota baharu bagi tempoh 12 Julai sehingga Ogos 2026 yang telah mendaftar secara dalam talian," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, beliau memaklumkan MPP menerima dan menghormati keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Katanya, parti juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada pasukan yang telah bekerja bertungkus lumus sewaktu dua PRN itu dan merakamkan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di atas perkhidmatan yang cemerlang sepanjang dua penggal yang lalu.