PRN Melaka: Baru Ogos, jangan bergaduh awal, runding dulu - Ahmad Maslan
Iklan
Ahmad Maslan
ALOR GAJAH -"Janganlah kita membuat kenyataan tanpa perundingan. Sabar dulu, sabar. Bila pilihan raya? Mungkin Oktober atau November, sekarang baru Ogos. Jangan bergaduh awal-awal lagi. Yang mana boleh dirunding, kita runding."
Demikian kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika diminta mengulas reaksi beberapa pemimpin susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kesemua 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Melaka akan dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Iklan
Iklan
Menurut Ahmad, semua pihak tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan proses rundingan antara BN dan Perikatan Nasional (PN).
"Kita belum berunding, jangan terbawa-bawa dengan kenyataan-kenyataan begitu. Bertepuk tanganlah PH (Pakatan Harapan) dengar begitu. Kena atur betul-betul," katanya ketika ditemui pada lawatan kerja rasminya selaku Timbalan Menteri Kerja Raya ke Pejabat Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah pada Khamis.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil yang menggesa PN menentang BN dengan 'menghijaukan' Melaka pada PRN akan datang susulan penegasan Ahmad Zahid yang dikeluarkan pada Khamis.
Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa yang turut memberi maklum balas kenyataan itu berkata, Pas dan PN tidak mahu terburu-buru membuat keputusan susulan itu dan jalan terbaik ialah tidak mendahului perundingan.
Iklan
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ahmad Zahid, namun berharap kerjasama baik antara BN dan PN seperti yang terjalin pada PRN Negeri Sembilan dapat diteruskan di Melaka menerusi meja rundingan.
"Semoga persepakatan yang baik di Negeri Sembilan perlu diteruskan di Negeri Melaka. Persepakatan yang baik untuk Negeri Melaka ini bolehlah kita rundingkan.
Sementara itu, susulan keputusan PH Melaka menarik diri daripada kerajaan negeri, beliau menegaskan kerjasama antara PH dan BN hanya dimeterai di peringkat Kerajaan Persekutuan, manakala tiada sebarang perjanjian Kerajaan Perpaduan dimeterai di peringkat kerajaan negeri.
"Satu perkara yang saya nak beritahu kepada penyokong PH, kita hanya menandatangani perjanjian di peringkat Kerajaan Persekutuan. Kita tidak pernah menandatangani perjanjian untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan negeri.
"Ada siapa tahu kita ada membuat perjanjian di kerajaan-kerajaan negeri? Macam tak ada, kan? Sebab itu di Johor, apabila tiada perjanjian di peringkat kerajaan negeri, kita bergerak solo. Di Negeri Sembilan pula ada kerjasama BN dan PH.
"Di Melaka ini kena runding," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.