PRN Melaka: Pas tidak perlu terburu-buru, serah agihan kerusi kepada pucuk pimpinan parti - Annuar Musa

Iklan
Annuar Musa

SHAH ALAM - Pas menyerahkan segala keputusan mengenai agihan kerusi yang akan dipertandingkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 kepada pucuk pimpinan parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa berkata, ia susulan pengisytiharan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) yang mahu bertanding hampir semua kerusi majoriti Melayu untuk mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hanya tinggal satu atau dua kerusi saja untuk parti-parti lain.

"Bagi Pas, tidak perlu terburu-buru.

Iklan

Sebelum ini, kesemua 21 kerusi yang dimenangi BN di DUN Melaka sebelum ini akan dipertahankan pada PRN ke-16 tidak lama lagi.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasrat itu dimaklumkan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh selain menyifatkan momentum 'gelombang biru' yang bermula di Johor dan diteruskan di Negeri Sembilan dijangka terus mara ke Melaka.

Iklan

Tambah Annuar, jentera dan Jabatan Pilihanraya Pas akan membuat kajian sentimen rakyat.

"Kita amat menghargai aspirasi rakyat Melaka.

"Amatlah perlu kita cermat membuat perhitungan dan tidak mudah lupa dengan kejayaan yang sudah dicapai.Ia sebahagian dari ujian buat kita semua," ulasnya.