MELAKA - Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran sebuah hotel di Kota Laksamana di sini pada Khamis.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, mangsa berusia 70-an itu ditemukan pada 11.45 pagi oleh anggota bomba yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.
"Berdasarkan maklumat awal daripada pemanggil panggilan kecemasan, mangsa dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Melaka pada 5.35 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Mohd Hafidzatullah berkata, sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan kekuatan 12 anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Operasi dilaksanakan bersama-sama polis dengan bantuan kamera litar tertutup di kawasan terdekat. - Bernama