Dadah musuh negara bukan sekadar slogan

Iklan
Ramai remaja dan belia terjebak dengan masalah dadah akibat pengaruh rakan sebaya, tekanan hidup serta keinginan untuk mencuba perkara baharu tanpa memikirkan kesannya. Gambar hiasan

SLOGAN Dadah Musuh Negara sudah lama digunakan dalam pelbagai kempen kesedaran di negara ini.

Namun, slogan tersebut tidak seharusnya kekal sebagai laungan semata-mata tanpa tindakan yang benar-benar berkesan.

Iklan
Iklan

Ia perlu diterjemahkan melalui usaha berterusan oleh semua pihak agar dadah benar-benar dianggap dan ditangani sebagai musuh negara.

Jika masalah dadah masih berleluasa, maka slogan itu hanya tinggal sebagai kata-kata tanpa makna.

Iklan

Baru-baru ini, masyarakat dikejutkan dengan laporan mengenai seorang juruterbang rakyat Malaysia yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah ke Indonesia.

Kes ini bukan sahaja mencemarkan imej negara, malah menimbulkan rasa malu dalam kalangan rakyat Malaysia.

Iklan

Seorang individu yang memegang profesion berprestij dan diberikan tanggungjawab besar sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat, bukannya terlibat dalam jenayah yang boleh merosakkan masa depan ramai pihak.

Lebih membimbangkan, masalah dadah terus menjerat golongan muda. Ramai remaja dan belia terjebak akibat pengaruh rakan sebaya, tekanan hidup serta keinginan untuk mencuba perkara baharu tanpa memikirkan kesannya.

Akibatnya, mereka kehilangan masa depan, tercicir dalam pelajaran, terlibat dalam jenayah dan meruntuhkan institusi keluarga.

Dadah bukan sahaja memusnahkan penagih, malah turut memberi kesan besar kepada masyarakat dan negara.

Persoalan yang sering dibangkitkan ialah mengapa dadah masih boleh diperoleh dengan mudah walaupun pelbagai operasi dan tindakan penguatkuasaan dilakukan.

Hakikatnya, kegiatan ini terus hidup kerana adanya permintaan dan sindiket yang sanggup mengambil risiko demi keuntungan lumayan.

Selagi wujud pembeli dan rangkaian pengedaran yang aktif, ancaman dadah akan terus menghantui masyarakat.

Kesimpulannya, slogan Dadah Musuh Negara perlu diterjemahkan kepada tindakan yang nyata, bukan sekadar slogan.

Kerajaan, pihak berkuasa, institusi pendidikan, ibu bapa dan masyarakat perlu berganding bahu membanteras ancaman ini.

Hanya dengan kesungguhan bersama, dadah dapat benar-benar dijadikan musuh negara demi melindungi generasi muda dan masa depan Malaysia.