Pesawat 'bergoncang dan terjunam di udara'

Iklan
Rekahan yang berlaku dalam ruang kabin akibat insiden itu.

NEW DELHI - Sebuah pesawat berdepan detik cemas apabila dilanda gelora udara sehingga terjunam kira-kira 91 meter ketika berada di ruang udara.

Penerbangan AI2379 milik Air India yang membawa 134 penumpang itu bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi ketika kejadian pada Selasa.

Iklan
Iklan

Jurucakap syarikat penerbangan itu mengesahkan seramai 14 mangsa penumpang cedera.

"Pesawat itu dalam perjalanan dari Phuket, Thailand menuju ke ibu kota India apabila gelora udara berlaku kira-kira 90 minit selepas ia berlepas," menurutnya lagi.

Iklan
Iklan

Insiden itu berlaku lebih setahun selepas nahas Penerbangan Air India 171 yang dalam perjalanan ke London terhempas hanya beberapa saat selepas berlepas dari Lapangan Terbang Ahmedabad, Gujarat mengorbankan 241 daripada 242 mangsa dengan hanya seorang penumpang terselamat. - Agensi