GENTING GAZA - Lebih 100 keranda yang diselubungi bendera Palestin ditempatkan di kawasan lapang yang telah dibersihkan di Bandar Gaza bagi upacara persemadian beramai-ramai pada Selasa.
Ratusan orang menghadiri pengebumian itu yang berlangsung di lokasi serangan Israel yang mengorbankan 112 individu pada akhir 2023.
Iklan
Iklan
Jasad kesema mangsa hanya berjaya dikeluarkan dari bawah runtuhan baru-baru ini.
"Kami mahu memberikan penghormatan terakhir kepada kesemua mangsa yang gugur syahid."Pengebumian ini akhirnya memberi ruang kelegaan kepada keluarga selepas sekian lama menanti kepastian," kata penduduk Gaza, Ahmed Abu Sharia.
Sementara itu, jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Gaza, Mahmoud Bassal berkata, 44 daripada mayat yang ditemui dalam operasi selama dua minggu pada bulan lalu ialah kanak-kanak dan kesemuanya daripada keluarga yang sama.
"Kami terpaksa menggali konkrit dan besi yang berpintal menggunakan tangan kosong sepanjang operasi selama 17 hari. Beberapa jasad ditemui masih sempurna," ujarnya.
Menurutnya, lebih 8,000 mayat dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan di seluruh wilayah itu. - AFP