AS, Iran mungkin capai kesepakatan minggu ini buka semula Selat Hormuz - Bessent

Iklan
Bessent

WASHINGTON - Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Scott Bessent berkata pada Selasa AS dan Iran mungkin mencapai kesepakatan minggu ini untuk membuka semula Selat Hormuz, sambil menyatakan persetujuan berkenaan bakal memberikan"kebebasan pergerakan" di laluan air yang penting itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Bessent membuat kenyataan itu dalam satu wawancara bersama CNBC berikutan kebimbangan yang berterusan berhubung gangguan berkaitan perang terhadap perkapalan komersial melalui selat berkenaan yang merupakan laluan perkapalan utama bagi minyak, gas asli, baja dan komoditi lain.

Iklan
Iklan

"Ada kemungkinan kami mencapai kesepakatan hari ini (Selasa) atau esok untuk membuka selat berkenaan dan bergerak ke arah kedudukan yang lebih normal dalam konflik ini," katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada Iran akan dibenarkan mengenakan tol ke atas kapal yang melalui selat itu, Bessent berkata,"Ia adalah kebebasan pergerakan."

Iklan

Setiausaha itu turut menyatakan jika ratusan kapal yang terkandas di Teluk Parsi berikutan perang di Asia Barat dapat keluar, harga minyak dijangka turun lagi.

"Ia bukan sekadar tenaga. Ia melibatkan baja, produk bertapis, serta pelbagai gas industri

Iklan

"Kita boleh menyaksikan kelegaan besar dari segi perdagangan apabila harga-harga berkenaan menurun," katanya.

Pada Isnin, Presiden Donald Trump berkata Washington dan Teheran sedang berunding mengenai pembukaan semula Selat Hormuz"secara literal" menjelang Selasa dengan menyifatkan pembukaan selat itu sebagai"fasa pertama" manakala perbincangan mengenai program nuklear Iran sebagai"fasa kedua." - Bernama