Sempadan Sepanyol-Maghribi kecoh angkara maklumat palsu

Iklan
Hampir 100 orang dipercayai mati lemas ketika cuba menyeberangi sempadan melalui laut ke Ceuta.

FNIDEQ - Kekecohan di sempadan Sepanyol-Maghribi yang berpunca daripada khabar angin di media sosial mendakwa pintu masuk ke wilayah itu dibuka.

Penyebaran maklumat palsu melalui platform seperti TikTok, Instagram dan Facebook itu kemudiannya menyebabkan puluhan ribu migran membanjiri sempadan enklaf Sepanyol, Ceuta.

Iklan
Iklan

Golongan muda dari Rabat kemudiannya mengambil peluang menuju ke sempadan dengan harapan dapat memasuki Eropah.

Pihak berkuasa memaklumkan maklumat tersebut tidak benar, namun penyebarannya menyebabkan kebanjiran migran di kawasan sempadan Ceuta.

Iklan

Sebahagian daripada mereka kemudiannya kembali ke Maghribi selepas menyedari mereka menjadi mangsa maklumat tidak sahih.

Ceuta yang merupakan wilayah Sepanyol di utara Afrika menjadi laluan penting bagi migran yang cuba memasuki Eropah kerana ia berkongsi sempadan darat dengan Maghribi.

Iklan

Krisis itu turut mencetuskan tragedi apabila beberapa migran dilaporkan maut akibat lemas dan rempuhan ketika cuba menyeberangi sempadan.

Pihak berkuasa Sepanyol dan Maghribi menyalahkan penyebaran maklumat palsu dalam talian serta kemungkinan campur tangan rangkaian sindiket pemerdagangan manusia yang mengambil kesempatan terhadap keadaan tersebut.

Bagaimanapun, sebahagian migran menafikan mereka dibantu penyeludup dan memaklumkan tindakan mereka didorong oleh kesukaran ekonomi dan kemahuan mahu mencari kehidupan lebih baik di Eropah. - Agensi

Info:

>Kira-kira 69,500 pendatang dipercayai tiba di Ceuta. Kira-kira 2,500 dipercayai masih berada di wilayah kecil Sepanyol itu.

>Kemasukan migran secara luar biasa itu menyebabkan bandar berpopulasi kira-kira 84,000 penduduk itu berdepan tekanan besar. Ia turut mencetuskan krisis politik di seluruh Kesatuan Eropah (EU) apabila beberapa negara anggota menyalahkan Sepanyol berhubung situasi tersebut.