Rumah musnah terbakar di Kampung Baru Star

Iklan
Api marak memusnahkan sebuah rumah di Kampung Baru Star. Foto: JBPM

GUA MUSANG – Sebuah rumah musnah terbakar dalam kejadian jam 12.30 tengah malam di Kampung Baru Star, Jalan Jelawang di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 12.49 tengah malam sebelum sepasukan anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira kira-kira 65 meter persegi yang sedang marak.

Anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak. Foto: JBPM

Iklan

“Api memusnahkan keseluruhan rumah. Bagaimanapun, kejadian tidak melibatkan sebarang mangsa atau kecederaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 60 meter bersumberkan air daripada tangki jentera serta dua hos bagi mengawal kebakaran daripada terus merebak.

Iklan

Menurutnya, bekalan air turut dibantu menggunakan sebuah lori tangki bagi memastikan operasi pemadaman berjalan lancar.

Jentera bomba tiba di lokasi untuk memadam kebakaran. Foto: JBPM

“Seramai 11 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dengan kekuatan jentera pemadaman, lori tangki dan sebuah kenderaan Hilux terlibat dalam operasi tersebut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.