Subahat godam sistem, luluskan pas lawatan kerja tidah sah: SPRM tahan 5 lagi pegawai JIM

Iklan
SPRM menahan lima lagi pegawai JIM kerana disyaki bersubahat menggodam Sistem MyIMMs berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan lima lagi pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana disyaki bersubahat menggodam Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) berkaitan proses permohonan serta kelulusan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) secara tidak sah.

Menurut sumber, kelima-lima suspek yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu telah ditahan jam 1 petang Isnin ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Iklan
Iklan

“Susulan tangkapan itu SPRM telah menyita lima unit telefon bimbit milik kelima-lima suspek,” katanya.

Sumber berkata, sehingga kini SPRM telah mengambil keterangan daripada 17 individu bagi membantu siasatan.

Iklan

Pada 28 Julai lalu, SPRM melalui Bahagian Perisikan dengan kerjasama Bahagian Perisikan, JIM telah menjalankan operasi bersepadu di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Operasi tersebut turut dibantu oleh Cyber Security Malaysia ( CSM), Telekom Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Bahagian Forensik Teknologi (BFT) SPRM.

Iklan

Dalam operasi tersebut, penggeledahan telah dijalankan melibatkan premis-premis syarikat dan juga JIM Pulau Pinang dan ibu pejabat JIM di Putrajaya.

Pada operasi tersebut seramai 12 individu telah direman yang terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM dan seorang pegawai polis.

Selain itu, SPRM turut menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360, wang tunai Singapore dollar SGD 700 dan barangan kemas bernilai RM 15,700.

Turut disita telefon bimbit, komputer riba serta alat elektronik yang dianggarkan bernilai RM36,000.

SPRM juga telah mengambil tindakan membekukan sembilan akaun perbankan, empat milik individu dan dua milik syarikat melibatkan nilai kira-kira RM300,000.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 16 (a) Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, kesemua suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi Selasa.