KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada seluruh kontinjen Malaysia atas semangat juang dan prestasi membanggakan yang dipamerkan pada Sukan Komanwel Glasgow 2026.
Menerusi hantaran di Facebook malam ini, beliau turut merakamkan penghargaan kepada jurulatih, pegawai, pasukan sokongan serta seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan kejayaan kontinjen negara.