Cuti peristiwa Negeri Sembilan esok tidak wajib bagi sektor swasta - JTKSM

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan esok sebagai Hari Cuti Peristiwa sebagai penghargaan kepada rakyat negeri itu yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

PUTRAJAYA - Majikan sektor swasta di Negeri Sembilan boleh memilih sama ada hendak memberikan cuti peristiwa kepada pekerja masing-masing esok kerana ia adalah hari kelepasan am pilihan.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan cuti itu tidak wajib diberikan kepada pekerja sektor swasta.

Iklan
Iklan

Namun, mana-mana majikan di negeri itu yang memilih cuti peristiwa Negeri Sembilan sebagai hari kelepasan am hendaklah memberikan hari kelepasan am bergaji kepada pekerja.

Terdahulu, Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan esok (3 Ogos) sebagai cuti peristiwa bagi menghargai rakyat Negeri Sembilan serta semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 yang berakhir semalam.

Iklan

JTKSM memaklumkan pengisytiharan cuti peristiwa berkenaan dibuat selaras dengan Subseksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan 1951, yang membolehkan pihak berkuasa negeri mengisytiharkan mana-mana hari sebagai hari kelepasan am bagi negeri berkenaan. - Bernama

 

Iklan