[VIDEO] Negeri Sembilan isytihar cuti peristiwa esok

Iklan

KUALA PILAH - Kerajaan Negeri Sembilan mengisytiharkan esok sebagai Hari Cuti Peristiwa sebagai penghargaan kepada rakyat negeri itu yang menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, cuti itu diisytiharkan atas limpah perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Iklan
Iklan

Ismail (tengah) pada sidang media, Ahad.
Iklan

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara rasmi memenangi PRN Negeri Sembilan ke-16.

Iklan

BN memperoleh 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 11 kerusi, manakala PN memenangi tujuh kerusi.