Pemilihan Ismail sebagai MB satu keputusan tepat - Tok Mat

Iklan
Mohamad

KUALA PILAH - Pemilihan Datuk Ismail Lasim sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu adalah satu keputusan tepat, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu bukanlah asing dalam dalam arena politik negeri, malah mempunyai pengalaman luas selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat selama beberapa penggal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelantikan Ismail sebagai Menteri Besar bagi penggal ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

"Jadi kita amat sukacita atas pelantikan beliau. Beliau seorang yang bukan asing dalam politik Negeri Sembilan dan sudah penggal ketujuh berkhidmat.

Iklan

"Saya rasa pemilihan Datuk Ismail adalah amat tepat sekali dan kita berharap dengan pengalaman yang beliau ada dapat memberikan pentadbiran yang stabil dan cekap untuk kita terus pastikan Negeri Sembilan dapat bergerak dan membangun seperti yang dirancang," katanya.

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu di hadapan Tuanku Muhriz di Istana Besar Seri Menanti di sini pada 11.20 pagi Ahad.

Iklan

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan gabungan BN dan PN secara rasmi menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu.