PRN Negeri Sembilan: Isyarat awal perubahan peta politik PRU16

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Ahad.

KEMENANGAN gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan membawa mesej lebih besar terhadap landskap politik nasional menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

BN-PN menang di 25 kerusi DUN, melepasi angka dua pertiga iaitu 24 kerusi dari 36 DUN keseluruhannya.

Iklan
Iklan

Keputusan itu membuktikan pengundi semakin mengutamakan formula yang mampu menawarkan kestabilan dan mengelakkan pertembungan sesama parti Melayu.

Jika sebelum ini pertandingan tiga penjuru sering memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH), penyatuan undi BN dan PN kali ini mengubah keseluruhan dinamik pilihan raya.

Iklan

Dua tokoh utama PH iaitu Anthony Loke Siew Fook dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun di DUN Linggi menjadi antara kejutan terbesar dalam PRN ini.

Tumbangnya dua penyandang berprofil tinggi memberi isyarat bahawa pengaruh individu tidak lagi menjadi jaminan kemenangan apabila berlaku perubahan sentimen pengundi.

Iklan

Anthony yang dianggap antara pemimpin paling berpengaruh dalam DAP dengan memiliki rekod kukuh di Chennah sejak 2013.

Kekalahannya kepada calon BN, Siow Kong Choon, menunjukkan bahawa kubu yang sebelum ini dianggap selamat juga boleh berubah apabila berlaku peralihan sokongan di peringkat akar umbi.

Dari sudut politik, keputusan ini memperlihatkan bahawa BN berjaya memanfaatkan kelebihan jentera serta strategi kempen yang lebih tersusun di kerusi-kerusi kritikal.

Gabungan PH perlu menilai semula strategi kempen, pendekatan kepada pengundi muda serta isu tempatan yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat.

Justeru itu, sentimen tempatan, prestasi wakil rakyat dan keberkesanan jentera akar umbi dilihat lebih mempengaruhi corak pengundian berbanding naratif nasional semata-mata.

Di pihak BN, kemenangan diperolehi turut memberi nafas baharu kepada UMNO selepas beberapa tahun berdepan kemerosotan sokongan sejak 2018.

Bagi PN pula, kejayaan membentuk kerajaan bersama BN meningkatkan kredibilitinya sebagai rakan strategik.

Implikasi terbesar ialah terhadap PRU16.

Keputusan di Negeri Sembilan dijangka menjadi rujukan utama semua parti dalam merangka strategi baharu.

Jika formula BN-PN berjaya diterjemahkan ke negeri-negeri lain, ia berpotensi mengubah peta politik negara.

Sebaliknya, PH perlu melakukan penilaian menyeluruh terhadap pendekatan kempen, pemilihan calon serta isu yang dibawa bagi mengembalikan keyakinan pengundi.

Pasca PRN Negeri Sembilan bukan sekadar menyaksikan pertukaran pentadbiran negeri, ia menjadi titik penting yang menguji sama ada negara sedang memasuki fasa baharu politik, apabila kerjasama strategik antara parti mengatasi sempadan gabungan tradisional.