SHAH ALAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gagal mendahului di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 berdasarkan keputusan tidak rasmi.
Daripada 24 kawasan yang dipertandingkan, parti itu dilihat ketinggalan di semua kerusi yang ditandinginya termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.