SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, malah mencatat kemenangan dengan majoriti besar berbanding majoriti tipis diraih pada pilihan raya lalu.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 7.48 malam, calon BN, Datuk Ismail Lasim memperoleh 6,904 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Aidil Abdullah yang meraih 2,870 undi dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Zuhaimi Md Yusof dengan 506 undi.