[KIRAAN SEMASA] PRN Negeri Sembilan: BN dahului di 11 kerusi daripada 25 kerusi ditandingi

Iklan
BN ketika ini dilihat berada di hadapan di DUN Pertang, Juasseh, Seri Menanti, Pilah, Johol, Labu, Rahang, Seremban Jaya, Rantau, Gemenceh dan Repah.

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) mendahului di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berdasarkan keputusan semasa setakat jam 6.21 petang.

BN ketika ini dilihat berada di hadapan di DUN Pertang, Juasseh, Seri Menanti, Pilah, Johol, Labu, Rahang, Seremban Jaya, Rantau, Gemenceh dan Repah.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di lapan kerusi iaitu Bahau, Temiang, Bukit Kepayang, Rahang, Mambau, Kota, Linggi dan Gemas, manakala baki kerusi masih dalam proses pengiraan undi.

Sebelum ini, BN mengumumkan bertanding di 25 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan Ke-16, dengan UMNO meletakkan calon di 16 kerusi, MCA di tujuh kerusi dan MIC di dua kerusi.

Iklan
Iklan

PRN kali ini menyaksikan seramai 103 calon disahkan layak bertanding bagi merebut 36 kerusi DUN selepas selesai proses penamaan calon.