Prabowo sedia ke Korea Utara

Iklan
Prabowo. Foto AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyatakan kesediaannya untuk berkunjung ke Korea Utara bagi membuka ruang dialog antara Pyongyang dan Seoul sekiranya diperlukan, atas permintaan Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung.

Prabowo berkata, permintaan itu dikemukakan Jae Myung ketika lawatan beliau ke Seoul pada April lalu.

Iklan
Iklan

"Sewaktu lawatan terakhir saya ke Korea Selatan, Presiden mereka bertanya sama ada saya boleh melawat Korea Utara untuk membuka satu bentuk dialog.

"Saya menjawab, jika anda meminta saya berbuat demikian, saya akan pergi," katanya di Jakarta pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Pejabat Presiden Korea Selatan dalam kenyataannya berkata, Seoul percaya Indonesia mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua pihak boleh memainkan peranan konstruktif dalam membantu mewujudkan kewujudan bersama secara aman di Semenanjung Korea. - Agensi