Sokong Rumah Bangsa, 84 ahli PKR mohon sertai UMNO
Iklan
Mohd Nazari (empat dari kiri) menerima borang kemasukan sebagai ahli UMNO daripada Muhamad Safie.
PASIR SALAK - Seramai 84 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Cabang Pasir Salak mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta bagi menyatakan sokongan kepada kepimpinan UMNO dan Rumah Bangsa.
Ketua Ranting PKR DUN Sungai Manik, Muhamad Safie Hamzah berkata, keputusan itu turut melibatkan peletakan semua jawatan yang disandang.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keputusan tersebut tidak didorong oleh mana-mana pihak atau tekanan luar, sebaliknya dibuat secara sukarela oleh ahli yang terlibat.
"Keputusan ini dibuat secara terbuka dan merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi serta kebebasan berpolitik di negara ini," katanya dalam satu sidang media di Teluk Intan pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata, kesemua mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menyertai UMNO dan berharap ia dapat dipertimbangkan dalam masa terdekat.
"Kami ingin menyumbang tenaga bagi memperkukuh UMNO khususnya di DUN Sungai Manik menjelang pilihan raya akan datang," ujarnya.
Iklan
Borang kemasukan sebagai ahli UMNO diserahkan kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Mohd Nazari Sabran.
Sementara itu, Mohd Nazari berkata, pihaknya menghormati perbezaan pandangan politik dan sentiasa menganggap masyarakat di Sungai Manik sebagai satu keluarga tanpa mengira fahaman parti.
Katanya, konsep Rumah Bangsa yang diketengahkan UMNO menjadi asas kepada usaha menyatukan masyarakat demi kepentingan bersama.
“Yang penting, kita mahu masyarakat di kawasan ini terus dibela, terutama golongan petani yang berdepan cabaran pendapatan tidak menentu,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya akan terus memperkukuh usaha membantu rakyat serta membawa isu berkaitan kebajikan petani kepada perhatian kepimpinan tertinggi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Negeri Sembilan: Tok Mat harap peratusan keluar mengundi capai 70 peratus"><meta itemprop="description" content="Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berharap peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini mencapai antara 70 hingga 75 peratus, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Beliau berkata, sasaran berkenaan disifatkan memadai memandangkan ramai pengundi berdaftar, khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, tidak lagi menetap di kawasan berkenaan walaupun masih belum menukar alamat pusat mengundi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790310/berita/politik/prn-negeri-sembilan-tok-mat-harap-peratusan-keluar-mengundi-capai-70-peratus
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNNegeriSembilan #Politik #Undi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-01T04:07:44.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d23No1gRN4VSpdIW4/x1080"><meta itemprop="duration" content="P22S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xatvp4i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xatvp4i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xatvp4i"></script>