Jenazah tiga maut di Gua Musang selamat dikebumi

Iklan
Muhamad Aiman Ashraf, 17, menyiram air di atas pusara ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melor Lama. Foto Bernama

KOTA BHARU  - Jenazah tiga individu yang maut termasuk dua beranak yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Gua Sejuk, Jumaat, selamat dikebumikan hari ini.

Jenazah pemandu Perodua Myvi, Muhamad Syazwan Hakimi Ibrahim, 21, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tegayong, Melor di sini pada 8.30 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Ahli keluarga dan penduduk kampung bersama-sama menunaikan solat jenazah Allahyarham Maria dan anak bongsunya, Muhammad Ziekyr Iman sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melor Lama pada 10.30 pagi. Foto Bernama

Dua beranak yang juga penumpang Perodua Myvi itu, iaitu ibu tunggal Maria Yusoff, 42, dan anak bongsunya, Muhammad Ziekyr Iman Abli, 11, pula dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melor Lama, di sini pada 10.30 pagi.

Iklan

Kemalangan kira-kira 7 pagi itu berlaku apabila kenderaan dipandu Muhamad Syazwan Hakimi yang dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler.

Ahli keluarga dan penduduk kampung bersama-sama mengangkat jenazah Allahyarham Maria dan anak bongsunya, Muhammad Ziekyr Iman untuk dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melor Lama. Foto Bernama

Iklan

Dalam kejadian itu, anak sulung Maria, iaitu Nur Balqis Abli, 21, mengalami cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan. - Bernama