Sinar Harian tekad kekal seimbang, relevan
Iklan
Zamri (berdiri, tengah) dan Azmi (kanan) bersama kakitangan Sinar Harian sempena sambutan ulang tahun ke-20 akhbar itu pada Jumaat.
SHAH ALAM - Sinar Harian yang meraikan ulang tahun ke-20 pada Jumaat bertekad untuk terus menyampaikan laporan seimbang, kritikal dan mampu mendidik masyarakat selaras aspirasi penubuhannya sejak dua dekad lalu.
Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, meskipun dunia digital membawa pelbagai cabaran baharu sehingga ada organisasi media gagal bertahan dalam industri, kesediaan serta kepantasan pihak pengurusan melaksanakan transformasi membolehkan akhbar itu terus kekal relevan dan berkembang sehingga mencapai usia 20 tahun.
Iklan
Iklan
"Ia merupakan formula yang tidak ada pada kebanyakan media lain sama ada berpihak dan mendukung sesetengah parti politik," katanya sempena sambutan ulang tahun ke-20 Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Menurut Zamri, kelahiran Sinar Harian pada tahun 2006 turut berlaku ketika dunia media mula berdepan perubahan besar susulan perkembangan digital dan kemunculan platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Iklan
"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia baik daripada pemimpin-pemimpin negara, pihak korporat, badan bukan kerajaan (NGO) dan segenap lapisan pembaca yang masih setia bersama Sinar Harian," ujarnya.
Sinar Harian meraikan ulang tahun ke-20 pada Jumaat.
Iklan
Sementara itu, Pengarang Eksekutif Sinar Harian, Azmi Tarmizi menyifatkan perjalanan selama dua dekad sebagai satu pencapaian yang bermakna buat organisasi berkenaan.
Katanya, tempoh itu dipenuhi dengan dedikasi, cabaran dan pelbagai kejayaan hasil usaha serta komitmen berterusan seluruh tenaga kerja.
"Terima kasih atas usaha keras dan komitmen berterusan seluruh tenaga kerja sepanjang 20 tahun yang hebat ini.
"Selamat menyambut ulang tahun ke-20 kepada seluruh warga Sinar Harian.
"Semoga Sinar Harian terus cemerlang melakar kejayaan pada tahun-tahun mendatang," kata beliau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>