JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia selepas menjuarai acara keirin lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Velodrom Sir Chris Hoy di sini, malam ini.
Azizulhasni berjaya merangkul pingat emas dalam perlumbaan akhir acara keirin lelaki di temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026 di Sir Chris Hoy Velodrome. Foto Bernama
Pelumba Australia, Leigh Hoffman meraih pingat perak, manakala wakil England, Harry Ledingham-Horn melengkapkan kedudukan podium dengan pingat gangsa.
Seorang lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat ketujuh. - Bernama
Iklan
Iklan