SEREMBAN – Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Kariah Paroi Jaya di sini bagi menunaikan solat Jumaat nyata menjadi pengalaman yang sukar dilupakan, khususnya buat kanak-kanak.
Sebaik saja Anwar tiba, beliau disambut jemaah dan sorakan keterujaan kanak-kanak yang berada di situ.
Affan Dilfiy Marzuky Erman, 10, berkata, dia tidak menyangka dapat bertemu dan bersalam dengan pemimpin utama negara itu yang sebelum ini hanya dilihatnya di televisyen.
"Saya biasa solat Jumaat di sini, tapi bila nampak ramai polis, rupa-rupanya PMX datang.
Seorang lagi kanak-kanak, Muhammad Fae'eq Khalish Azharlul Aizat, 11, berkata, dia berasa berdebar apabila melihat Perdana Menteri itu dari jarak dekat sebelum berpeluang bersalaman.
Katanya, pengalaman tersebut merupakan kenangan paling bermakna yang tidak akan dilupakannya dan akan dikongsikan kepada rakan-rakan.
"Saya tak tahu pun PMX datang sini. Saya terkejut bila nampak beliau tiba-tiba turun dari kereta. Sampai sekarang saya masih berdebar," katanya.
Sementara itu, Muhammad Azzubair Azhari, 11, turut berkongsi keterujaan yang sama apabila dapat bertemu Anwar.
Menurutnya, dia sempat memeluk Perdana Menteri itu yang disifatkan sebagai seorang yang mesra dan baik.
"Saya gembira sangat dapat jumpa dan salam dengan PMX. Ini pengalaman pertama saya dan memang tak akan saya lupakan," katanya