Kesilapan memalukan, AS akui 'peta Afrika berterabur'

Iklan
Slaid pembentangan yang dipaparkan oleh delegasi AS pada sesi itu menunjukkan enam negara Afrika berada di kedudukan yang salah.

WASHINGTON - Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengakui berlaku 'kesilapan yang tidak disengajakan' selepas peta Afrika 'berterabur' dipaparkan ketika persidangan AIDS di Brazil pada awal minggu lalu.

Jurucakapnya memaklumkan mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekeliruan dan gambaran tidak tepat yang timbul termasuk melibatkan rakan kerjasama mereka dari Afrika.

Iklan
Iklan

Slaid pembentangan yang dipaparkan oleh delegasi AS pada sesi itu menunjukkan enam negara Afrika berada di kedudukan yang salah.

Sebagai contoh, Nigeria dipaparkan sebagai negara tanpa pantai di tengah benua Afrika manakala Mozambique diletakkan di kawasan Tanduk Afrika dan Cote d’Ivoire pula di selatan Afrika.

Iklan

Kesilapan memalukan tersebut didedahkan oleh peserta persidangan menerusi hantaran di media sosial dan turut menjadi tular.

"Seorang anggota pasukan di acara berkenaan telah mengubah slaid pembentangan pada saat akhir. Kesilapan itu bagaimanapun tidak menjejaskan keseluruhan isi perbincangan tersebut," ujarnya.

Iklan

Persidangan AIDS Antarabangsa ke-26 berlangsung di Rio de Janeiro selepas AS memotong secara drastik bajet bantuan antarabangsa.

Difahamkan, Washington masih menyumbang 74 peratus daripada pembiayaan awam global bagi usaha memerangi HIV. - Agensi